Sunday, 17 September 2017

Adakah Grabcar memberi kelebihan kepada pelajar universiti ?


Assalamualaikum ,salam sejahtera salam negaraku Malaysia .
Adakah anda pengguna Grabcar ?
Apa itu grabcar ? Apa yang kita semua faham tujuan grabcar ada di Malaysia kini ? Adakah kita semua terfikir soalan sebegini ?
Baiklah , sepintas lalu saya terangkan apa itu grabcar .Grabcar ni adalah satu operasi perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi secara online .


Ada dua perkhidmatan utama ditawarkan Grabcar ialah :

1) Peluang pekerjaan tetap atau sambilan sebagai pemandu
2) Menjadi pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ( sama seperti teksi ) yang berdaftar di bawah label syarikat masing-masing


Jadi kita berbalik kepada tajuk utama kita , adakah Grabcar di Malaysia ini memberi kelebihan kepada pelajar universiti ?

Sememangnya sangat berbaloi kepada pelajar terutama kepada pelajar universiti . Hal ini demikian caj tambang Grabcar tidak boleh ditipu kerana menggunakan aplikasi yang wajib di akses pemandu dan pelanggan .

Seperti saya yang sedang menjalankan Grabcar di area KL , Bangi , Kelantan .Sememangnya pelajar-pelajar universiti seperti UKM , UPM memerlukan perkhidmatan Grabcar . Yelaa , kadang-kadang mereka yang tidak bawa kenderaan sendiri ke universiti ,mesti perlukan Grabcar kan nak keluar bandar . Kalau sewa kereta , mahal pulak . Fikir duit sewa kereta lagi , minyak lagi , Dengan jalan sesak KL nya lagi . So untuk tidak sesat di KL nanti ,maka mereka pun ambil lah Grabcar .

Lagi satu , Kadang-kadang grabcar buat promosi tau . Baguskan perkhidmatan Grabcar ni , selesa pun selesa . Macam saya la kan . Offer kat customer if dia naik selalu grabcar saya kan . Maka dia akan dapat harga diskaun and point .

Contoh lah , saya ni walau pun pemandu grab , adakalanya saya naik jugak grabcar orang lain nak pergi mana-mana dan orang itu pun bagi emel dekat saya yang saya dapat promosi RM70 . So saya boleh guna promo RM70 itu kemana sahaja .

Kod promo pulak dia akan hantar dekat emel apabila anda selalu guna .Setiap anda naik ,25 point anda dapat .

Contohnya , saya naik tambang RM6 dan saya dapat promo dan saya gunakan RM6 sebagai promo saya naik bila sampai destinasi saya . so saya tak perlu bayar tapi dia potong melalui promo tu so jimat dah duit saya kan .
Dan driver akan dapat duit grab yang bagi dekat akaun dia selepas 2 hari bekerja .So driver tak rugi pun ambik promo .Dan penumpang untung kalau dia naik selalu dia akan dapat banyak lagi promo . Dan conto naik grab dari UKM  ke TBS RM34 dan sekiranya lalu ikot tol customer bayar . Contoh
Ahmad naik grab dari UKM ke TBS tambang dia RM34 dan lalu 1 tol sungai besi , driver tambah RM2 dekat "tambah" dalam Apps Grabcar tu . Maka Ahmad kena bayar RM 36 .

Dan saya pernah ambil customer RM 30 plus promo dan dia bayar RM20 sebab RM 10 dia guna promo.

So senang cerita lah kan , Promo ni makin banyak kita guna naik grab makin tinggi dia bagi dekat kita promo .

Jadi student di luar sana , berbaloi tak grabcar ni ? So jangan lepaskan peluang anda sebagai customer grabcar yang setia . Hahahahaa . Dapat promo beb kalau kita naik grab ni sentiasa .Lebih-lebih lagi kepada pelajar universiti kat luar sana . Dilema masalah kewangan kan , nak beli buku lagi , bayar yuran lagi . Kalau anda naik teksi , lebih mahal kot dari grabcar . So mai pakat ramai-ramai kita jadi pengguna Grabcar .

Sekian coretan saya sebagai pemuda jalanan

moga terhibur dan manfaatkan ilmu Grabcar ini untuk kemudahan kita bersama .